Terima Kasih kerana Berkunjung Ke Halaman Ini..sila lah tinggalkan komen2 anda walau sekadar ucapan dan tinggalkan juga jejak anda supaya kita saling mengenali lebih rapat ..semoga silaturahim dapat dieratkan lagi.

tlg klik utk duit belanja..

Siapa yang ikut : Aku bangga dgn korang jd VVIP maya ..Tmakaseh !

Isnin, 31 Mei 2010

hujan oh hujan...


Semalam petang hujan..arini pon cm nak hujan jugak..hujan rahmat..alhamdulillah.
Cuaca tak menentu ni bole buat demam nie..suara aku dah laen mcm nie..naseb baek la taip tak dengar suara..bole tahan la seksinya..
Anak aku , Anis pon dah demam semalam..panas badannya..sampai aku tak lena malam..naseb baek la dia sekolah petang...arini pegi sekolah jugak lah..ada exam...mama doakan adik n kakak buat yg terbaek utk exam kali ni yer....good luck girls!

Khamis, 27 Mei 2010

aku dah bosan !


Ini adalah gambaran sesuatu yang tidak masuk akal...bebanan kerja yang diberikan amatlah berat..sehingga aku merasakan mahu melarikan diri dari tugasan yag dipertanggungjawabkan...
tapi ini semua telah aku tempuhi..demi untuk pengalaman aku gagahkan jua...sehingga ke suatu ketika di mana kesabaran mengatasi segalanya...keputusan telah dibuat untuk membebaskan aku dari segala kesengsaraan.
...aku kini bahagia dalam kebosanan...mampukah aku bertahan..berapa lamakah lagi..
aku dah bosan !
aku dah bosan !

.

Rabu, 26 Mei 2010

Terima kasih..mengigatkan aku ...

tak nak cm nie...tau



Alahai keciannya !... awak kesian dia ke kesian pada benda yang ditunggangnya..
Sebenarnya aku bersimpati dengan nasib orang2 sebigini..
Ramai blogers yang menyentuh keadaan fizikal seseorang sebagai bahan dalam entri diaorang..
apakah tujuan sebenar..adakah mahu mengenegahkan atau mempersendakan mereka??
Aku bukanlah tergolong dari mereka ini...tapi mungkin suatu hari nanti aku akan menjadi seperti mereka....
Terima kasih kepada mereka yang sentiasa mengigatkan dalam keadaan sedar atau tidak...sesuatu harus diambil tindakan, ayuh marilah kita sama2 menjaga kesihatan selagi kita masih sihat, dan jangan tunggu sampai sakit baru nak jaga semua itu...terhegeh2 berlari kesana kemari...konon nak menurunkan berat badan...join 'Biggest loser' club.

Jangan bagi alasan takder masa untuk semua nie...buat sesuatu yang terbaik untuk masa hadapan. Sayangilah diri kita.

Selasa, 25 Mei 2010

Oh..cucuku ...



Musim cuti persekolah makin hampir..ramai di antara mereka yang sudah berkeluarga selalunya memikirkan tentang destinasi yang akan dikunjungi, biasalah setelah penat belajar khususnya kanak2 sekolah, musim cuti yang panjang adalah yang sangat dinantikan...para ibubapa yang bekerja akan memohon cuti tambahan demi untuk memenuhi permintaan anak2.
Pada masa beginilah selalunya tempat yang dituju adalah kampung halaman..itu bagi mereka yang ada kampung halaman, bagi mereka yang tiada pula akan memilih destinasi lain mengikut plan masing2.

Kebiasaannya musim cuti macam nie lah ada undangan kenduri kawen, aku dah terima lebih dari 5 undangan semuanya sebelah sedara kat kampung..so maknaya kami akan bercuti kat kampung jer lah...sememangnya ini yang diinginkan oleh anak2 ku...nak jumpa atuk dan opahnya...dan juga sepupu yang lain..maklum lah dah semakin remaja, diaorang nie aku tengok tak macam bebudak lain yang lebih suka melancung/melencung ke tempat lain...

Kepulangan anak2 cucu dari kota biasanya telah dinantikan...ini yang membuatkan aku teringat masa aku bersekolah asrama dulu...disediakan dengan masakan lauk pauk, kuih muih yang jarang2 sekali jumpa di kota..kalau ada pon bila tiba bulan Ramadan, mungkin ada tapi rasanya jauh berbeza...mungkin itulah air tangan dan originaliti masakan orang kampung.
Walaupun hanya sekejap, kepulangan tetap diharapkan...harapan orang tua untuk melihat anak dan cucu2 beramah mesra, menghilang rasa rindu mengharap kasih berpanjangan.


Isnin, 24 Mei 2010

Bisu yang peramah...


Aku memang suka memerhatikan gelagat orang di sekitar ..., dah penat berjoging di pagi minggu..merehatkan diri sambil minum air aku ternampak dua remaja wanita...sedang asyik berborak tapi tak pula kedengaran suara hanya jari2 dan tangan saja yang bersilang-seli.."oh! bisu rupanya..patutla..". Kelihatan mereka ini sungguh akrab, mesra sekali...sesekali aku dapat juga meneka apa yang mereka bualkan.."empat jari diletakkan rapat ke dada dan kemudian gengam tangan sambil hentakkan pada tangan yg digemgam sebelah lagi" ..aku rasa diaorang bincang pasal kerja..kalau tak silap aku la..Aku pernah punyai saudara bisu yang sememangnya sangat ramah tak kira siapa pun mereka jumpa pasti ditegurnya...tapi sekarang Bisu sudah tiada..bila ku terlihat mereka ini , aku teringat pada nya.

Kekadang aku terfikir kenapa mereka ini begitu ramah sekali...sedangkan ramai lagi mereka yg boleh berkata2..amat berat sekali untuk menegur, walhal segala kemampuan telah diberikan seadanya...,ada kalanya sudah bertentang mata..senyum pon tidak mampu untuk diberi..terkasima degan sikap jiran tetangga zaman sekarang...sesama jantina pon malu ker???


excited...tak sabar jadi Nany.







Wahh! so excited nak ada baby cam gini..bole la style kan diorang nyer rambut...nak jd nany tak lama lg...habes la kalu mak diaorang tau...haha aku tak kesah..janji best..bole layan boring aku kat rumah sorang2...cerita pasal baby yg aku nak jaga tu...ekceli budak tu tak der rambut..sbb tu umi die bagi pakai topi...halamak..cam ner ni ek!..tapi tak kan selamanya kot...
sempat lagi kot suh umi die g rawatan rambut yunam...haha..ngarut jer aku nie..baby botak lg cute kan!..ape2 pon tak kesah.

Jumaat, 21 Mei 2010

Dapat khabar ..gembira

Syukur Alhamdulillah..start bulan Julai nie aku dah dapat teman baru...maknanya aku juga dapat keje walaupun masih lagi menjadi suri rumah...korang nak tahu nie lah dikatakan rezeki..syukur sangat.
.So, ini lah wajah bakal teman aku ...
baru berumur 9 bln...comei tak?..aku amik pic nie dari FB ummi dia...
..
.

Khamis, 20 Mei 2010

Teringat Waktu keje dulu...

Ohaiyo gozaimasu!..Konichiwa!..Konbanwa!..moshi-moshi!..watasiwa Dayna deskedo..onagaisimas ..wakaranai? wakaran kedo..mataimasho...

bla2..banyak lagi samapai aku pon dah lupa..betul ker apa aku type..rasanya ade bunyi jepun sikit..tapi bagi sape2 yang pandai nihongo janganlah gelak plak ye... aku cuma teringat jer suatu masa dahulu...genap setahun aku tinggalkan mereka di sana..takperlah , kawan baru bole dicari..kawan lama tetap dikenang..sekarang aku terasa kesunyiannya..


MAEM

Kat sini lah bermulanya carea aku sebagai QE, hari2 berurusan dgn Japanes kekadang ok n kekandang tu sangat membosankan..puas rasanya selama 3 tahun aku di sana..datang keje masih gelap balik umah pon dah gelap jgak...mengadap benda tah ape2 yang tak tau bila ada kesudahannya..tapi di sebalik itu aku banyak belajar bagaimana masa begitu penting dan amat beharga bagi mereka ini.
hait! yuriseiku onagaisimasu..
Jangan sampai diorang kata ahokka pada kita..itu tandanya diorang menyampah kerana kebodohan kita.

Sekarang aku happy di sini tanpa ada maki hamun lagi dari mereka...biasala keje makan gaji cam tu lah...namun aku sentiasa berdoa kalau aku ditemukan lagi jodoh dengan kerja baru...aku dah bosan..aku dah bosan.

..

Menunggu Malam..

Tak semestinya malam penuh kegelapan, masih ada sinar purnama, lampu pelita walaupun tinggal kat kawasan pendalaman..ada juga orang kata malam penuh dgn kejahatan..ishh! tak taulah sapa yg cakap cam tu..mungkin bagi mereka yg selalu tersesat di alam nyata.

Bagi aku, malam adalah kebahagiaan..korang tau la housewife cam aku nie...sentiasa menanti malam..korang jangan pikir lebeh2 plak..tanggungjawab tu dah semestinya...
Okeh berbalik pasal cite malam, aku ada 2 orang anak dara sunti..skolah sampai ptg n sorang hasben keje sampai lewat ptg, siang diorang sumer takder kat umah..so that why aku boleh kuar malam jer..bukan maknanya aku tak bole kuar umah langsung..if aku mintak kebenaran hubby mesti dia bagi..sebenarnya aku malas kuar siang sebab cuaca panassss sgt...jgn korang cakap aku ni lilin or planta plak..aku ada migraine la , mata aku nie bila terkena silau matahari mula la berkerut dahi n kepala terus sakit...
Keluar malam pon bukan kemana2 sangat..abis2 pekena roti telur kat restoran mamak..berborak pasal masalah anak2 ker.. kalau ada, rasa cam santai sikit... lagi pon dah satu hari terperuk kat umah..kena angin malam bes jgak kan !
.
.
okeh cau!
.

Rabu, 19 Mei 2010



Salam , sebagai permulaan era bloging nie aku nak jemput korang sumer datang bertandang kehalaman blog aku nie untuk menghilagkan rasa haus setelah penat berjogging kesana dan kemari mencari ideas dalam halaman kengkawan blogers lain dan terjumpa halaman blog aku yang tak berapa bes layoutnya..so korang jemputlah minum dulu ek!...dan tengoklah dulu apa yang patut dikomen untuk penambah baikan..hehehe..nanti kalau ada apa2, aku akan tambah entri seterusnya..
Selamat berblogging untuk kita semua...hope otai2 dapat support aku utk penambahbaikkan dari hari ke hari...thanks all.


p/s : kalau nak lebih air tu bawak cawan sendiri..kat halaman aku ada satu ni jer..

sebagai tanda sokongan sila klik sini

Related Posts with Thumbnails